Senin, 20 Desember 2010

'' CIRI-CIRI ISTRI SHOLEHAH ''

Kita sering mendengar tentang kehebatan wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga mendapat gelaran wanita solehah. Kita juga tahu bagaimana hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal kebangkitan Islam sehingga berjaya menegakkan kalimah Allah di bumi Mekkah. Ya, hanya berbekalkan keimanan, keyakinan dan keikhlasan Saidatina Khadijah, dia mampu menjadi wanita mulia di sisi Rasulullah s.a.w. Namanya sentiasa menjadi sebutan baginda, walaupun selepas kewafatan Saidatina Khadijah. Persoalannya, apakah gelaran demikian sudah tidak layak untuk wanita zaman sekarang? Atau wanita kini tidak mampu memiliki peribadi wanita solehah sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.? Tanggapan itu memang tidak benar sama sekali kerana hakikatnya Islam sesuai untuk semua zaman. Bererti masa dan zaman bukanlah faktor utama untuk menentukan taraf seseorang wanita di sisi Allah seperti wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. Kalau diteliti secara ilmiah tidaklah sukar untuk seseorang wanita mendapat gelaran solehah. Hal ini kerana Islam tidak mengenakan banyak syarat untuk mendapat gelaran tersebut dan seterusnya memperolehi ganjaran pahala syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah s.w.t. Perkara ini tidaklah sukar sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang, sebaliknya wanita hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu: 1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2. Taat kepada suami.
Persoalannya bagaimana yang
dikatakan mentaati Allah dan Rasul-
Nya? Jawapannya tentu mudah,
iaitu melakukan segala suruhan
Allah dan meninggalkan segala
larangannya secara menyeluruh.
Antaranya:

a) Menutup aurat apabila berada
bersama dengan lelaki yang bukan
mahramnya, tidak kira sama ada di
dalam atau di luar rumah.Ini kerana
menutup aurat itu wajib.

b) Mempamerkan imej diri sebagai
wanita beriman. Ini bermakna
wanita Islam tidak mudah
terpengaruh dengan cara orang
bukan Islam berhias.

c) Sentiasa memelihara hubungan
baik dengan jiran-jirannya
walaupun berlainan agama dan
bangsa.

d) Berbuat baik kepada kedua ibu
bapa.

e) Sentiasa bersedekah sama ada
dalam keadaan senang mahupun
susah. Sering membantu kaum
lelaki dalam perkara kebenaran,
kebajikan dan takwa.

f) Tidak bermusafir atau bersama
lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya
mahramnya.

g) Tidak berkhalwat dengan lelaki
ajnabi kerana ia boleh menimbulkan
fitnah, bahkan perzinaan.
Taat kepada suami

a) Menjaga harta suami dan
menguruskannya dengan baik.

b) Sentiasa menyenangkan hati
suami.

c) Keluar rumah dengan keizinan
suami.

d) Sentiasa mentaati perintah suami
selagi tidak bertentangan dengan
hukum syarak.

e) Memelihara diri dan kehormatan
semasa ketiadaan suami.

f) Menjaga kebersihan diri dan
rumah tangga.

g) Menerima tetamu yang diizinkan
oleh suami atau orang yang disukai
oleh suami.
Itulah antara tanda dan ciri-ciri
wanita solehah yang sewajarnya
dimiliki oleh kaum wanita. Jadi,
untuk memiliki semua itu, keyakinan
dan kepercayaan kita akan
kebesaran Allah mestilah disertai
dengan ketaatan.
Malah kita juga wajib mencintai
Allah s.w.t dan Rasul-Nya melebihi
daripada segala-galanya. Atas rasa
kecintaan itulah maka Allah
memberi kekuatan untuk kita
mentaati perintah suami dan
meninggalkan larangannya. Subhanalloh, skrang, sapa mo jd istri KELANA.... Hekhekhekhekhek......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar